gorgeouslicious

Monday 4 February 2013

segmen saya follow u, u follow me by mselim3

pagi2 dah join segmen. bukan apa. gua bengang sebab kelas gua kansel last minit. gua dah semangat tempek bedak.lukis line kat mata. tengok2 member dtg bagitahu kelas kansel.da hek. macam nak buat tarian zapin je !


gua join segmen ni sebab gua rasa segmen ni ohsem.tak kena tag2.gua tak suka segmen yang ada tag2. leceh laa weh ! syarat dia pon simple.just follow belog dia.like fan page dia. then siap. nak join ke? nah inject sini . ramai2 la join.meriahkan dunia blogger tanpa sempadan . adios !

Sunday 3 February 2013

siapa kita ? siapa anda?

morning peeps :)
salam ahad, amek kesempatan sempena klas stat lewat hari ni nak hupdet satu entri. dah jarang hupdet skrg. heee. first gua nak tanya. siapa kita? tepuk dada tanya hati.  yang pasti kita merupakan salah seorang khalifah Allah yang diberi peluang untuk beribadah kepadaNya . jadi, jangan sombong dalam menongkah arus dunia kerana dunia ini pinjaman.berjaya didunia belum tentu berjaya diakhirat.

gua nak story sikit je hari ni. telinga gua dah tak tahan nak tadah setiap tohmahan yang gua dengar dari orang sekeliling gua. even tohmahan tu bukan untuk gua, tapi gua yang mendengar turut terkena tempiasnya.turut merasa kurang enaknya. agak kurang enak bila ada yang menuduh seseorang itu fasikh dan munafik. hurm, siapa kita nak cakap orang begitu? macam mana kita tahu dia fasikh? dia munafik? hanya kerana kesalahan kecil yang dia lakukan, tuduhan sebesar tu kita nak lemparkan?

seeloknya, kita saling menegur sesama kita.bukan gua nak tunjuk baik,tapi gua tka mahu terus dipandang jahat.jika yang litup begitu dituduh fasikh,munafik, garik.habis gua yang tak sempurna mana ni apa pulak gelarannya? gua tertanya2 jugak.orang yang cakap2 macam ni, syurga dah komfem ada nama beliau ke? gerun gua dengar tuduhan2 macam tu. jalan mudah gua ambil, bila orang bercerita pasal si polan yang tidak memuaskan hati. gua diam. kalau teruk sangat gua tegur.


biasalah, kita manusia. human often makes mistake. bagi gua. pemakaian dia tidaklah menjolok mata.bahkan masih menjaga batas. tudungnya masih labuh menutupi dada.bajunya masih labuh menutupi punggung. seluarnya masih ada ruang untuk bernafas.gua tahu dia datang dengan imej tudung bulat labuh. tapi macam yang tegaskan diatas.kita manusia mudah leka. mudah lalai. daripada terus mengutuk2 apa kata kita guide dia balik.itu mungkin lebih baik. kalau dia refused, kita nak buat macam mana? sekurang2nya kita dah usahakan yang termampu.

sekali lagi gua tegaskan.gua bukan nak berlagak baik, namun gua tak mahu terus dipandang jahat. sama2 kita berubah :)
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com