gorgeouslicious

Sunday 30 December 2012

tak proper lah ~

salam janji dicapati semua yer ! hari ni gua nak kupas sikit isu yang semakin meruncing dalam kalangan masayrakat kita ! *baca dengan muka serius tahan kincit *

hehe. hebat dak ayat? puuuiii lah ! ni saja ja nak sebut sikit pasal manner kita orang pompuan ni. hahaa. even gua neh xde lah sopan mana. duduk pon kadang2 terkangkang but gua still tahu manner dia bila berhadapan dengan spesis yang berlainan dengan gua. a.k.a lelaki. yerrrr. kita perlu ada manner oke.

weehhhh. tak proper wehhh bila kita perempuan pegi gelak cam pontianak menang loteri depan lelaki. sumpah tak proper. nak gelak cenggitu, gelak jela time takde guys. time takde guys takde nya nak gelak cenggitu. tapi bila ada je grup lelaki kat depan or kat tepi or kat mana2 lah. terus je gelak camtu. nak tarik perhatian ae? attention seeker? pity you ! gua yang cenggini pon tahu batas dia bila ada lelaki kat zon gua. bukan gua cover but gua cuba jaga tanggapan diorang kat gua. yelah, gua ni dhla macam ni. buat pulak perangai macam tu. mmg nak kena bash la kan? dahla gelak kuat2 camtu pastu pegi lompat2 lagi depan diorang. lahaaaiii. pe jadahnya semua ini?

itu satu hal.dan lagi satu hal, sangat tak proper bila sgala bnda yg membe kita cerita or buat kita nak share dengan geng lelaki. ehhh. jagalah sikit air muka membe kita. bila membe kita cerita kat kita, itu maknanya dia percayakan kita. so jangan la rosakkan kepercayaan diorang tu dengan senang hatinya ceritakan perihal dia tu dekat orang lain. ada otak pakai la sist ! dhla tu, kita pegi lagi cerita ape bnda yg kita buat kat dalam bilik dkt mmbe lelaki kita. kalo bnda rilek2 takpe lagi. neh hal peribadi pon nak share. huk aloh ~ mmg tak proper.

btw, labuh tudungnya tidak semesti refleksikan peribadinya. sori, gua terpaksa cakap macam ni. bukan diskriminasi. tapi itu yg terjadi. sekian.

Friday 28 December 2012

takpe. gua tak kesah

currently updating this entry at room sweet room. ahax! sweet lah sangat. perggghhh. bapak ah.. gua antara orang yang terawal sampai dekat yu ai ti yem ni. eh , tak percaya pulak kita. tapi, oke jugak datang awal. wifi laju weehh. bapak ah ! 

i just love being me :)


well, hari ni saje nak update entri pasal gua tak kisah pon bila ada orang label gua gedik. otototo. nampak tak tu bedah? label oke. ala ala artis gitu tawwww! haha~ well, biasalah  manusia kan. suka label2 orang. dah macam barang dekat supermarket pulok haa. gua pon kadang2 ada je label orang sesuka hati. and, that is why gua tak kisah bila ada orang label gua gedik. praap! 

biasalah. tak kenal maka tak cinta. ye dak? one of my friend frankly said, first impression towards me : GEDIK. haha. but, time tu dia tak kenal gua rapat lagi. and bila dah kenal rapat, dia tarik balik label dia tu. hehe. my pleasure.  seriously, gua sebenarnya gila and gua jarang nak huu haa huu haa dgn guys. kecuali kalau gua rasa selesa dgn guys tu. barulah gua huu haa huu haa. nampak dak point dia? so, konklusinya, gua tak kisah pon apa yang orang nak kata kat gua. Allah know me better. hehe :)

Thursday 27 December 2012

i am in love !

trololo~ kapan perasaan ini berputik. diriku juga tidak sadar. adududuuuu. haha. yup yup! im in love ! im in love with le RED LIPSTICK! ya Allah. am i crazy? haha. gua pon xtahu kenapa.but gua rasa gua dah jatuh cinta tahap cipan dengan lipstik merah ni. eeeeii! nampak cantik bila tengok orang pakai lipstik merah ni. like seriously! super duper hot !

over dak?


terasa gojes! auum !


kalau dulu gua selalu kutuk bila nampak awek2 pakai lipstik merah. but now, gua terjatuh chentaa. pheeewww! dulu gua cakap pakai lipstik merah macam stok makcik2. tapi itu dulu. now, gua rasa cun je bila pakai lipstik merah !  seriously, merah itu buat diri anda nampak gojes + berani+ sexy ! auuum. =_=

ways to ngorat an awek.

rojak dak title gua? hikhok. suka hati eden la jang. neh kan belog gua.  semalam gua ada texting sampai ting tong dengan sorang membe gua ni. dia selalu cakap dia takde awek. eleh, bro. nak ngorat gua lettew! chill ah bro, lu xde awek pon, lu tetap jantan lah. tak mati okai takde awek. bleeerrghhh ! gua saja je nak main angin sepoi sepoi dengan dia. gua tanya. kenapa takde awek? kau macho what! haha~ jahat dak jahat gua. and u olls tahu ape reason si mamat ni bagi dekat bedah? dia cakap dia tak romantik ! bleerrghhh ! hello! ni bukan zaman p ramlee oke nak romantik2 bagai. nak berkanda adinda segala! dan juga bukan novel. semua mamat nak stok romantik aje. ini realiti. aweks sekarang tak kisah pakwe dia romantik ke ape. yang penting hati kena baik.

first rule kalo nak tackle aweks :


BE YOURSELF BRO ! takyah nak jadi orang lain. orang lain tu.. semua orang punya. yang ada untuk kau hanya kau ! so, nak taknak.kau kena jadi kau. tak kira la kau muka pecah rumah ke. kau muka stok perogol bersiri ke. tak kesah oke. kesah apa dengan orang? alaaaahhh. bersyukur dengan apa yang ada. kita manusia semua elok kejadiannya. faham dak?

second rule :


biar muka legend, hati kena baik. sape tak suka orang hati baik weh? even lembu sebelah rumah mak jemah pon suka oke ! sape rasa hati dia ada problem sikit, eloklah ditune kan balik hati tu.. biar ada dekat landasan yang betul... kalau boleh, setkan dekat kepala, cari awek nak buat stok bini terus. bukan stok untuk berjimba2 belakang rumah. ingat tu.. hati tu penting !

third rule :

ikhlas. biar tak romantik pon asalkan kau betul2 ikhlas sayang dekat dia. betul2 nak buat dia jadi bini kau. betul2 nak dia jadi makmum kau. itu dah cukup romantik dah tu. tak payah nak meleleh2 sangat. sekarang zaman dah maju. zaman gadjet. pemikiran semua pon dah diupgrade. see? kalau kau duduk zaman sblom merdeka mungkin still boleh kau nak beromantik bagai untuk buktikan keikhlasan kau.btw, ikhlas tu takde sape boleh nilai. cukup dengan kay rasa kau ikhlas, insyaAllah orang sekeliling kau pon dpt rasa.

forth rule :

jangan memaksa. ni sangat2 lah essential kalo kau nak tackle awek. jangan paksa dia untuk suka kau. perasaan tak boleh dipaksa. no means no. yes, than good for you. even kau pon tak suka kena paksa kan? ini bukan kes aku terpaksa engkau dipaksa oke.bila dia cakap dia tak suka. kau kena balik and fikir, mungkin kau ada kurang kat mana2..

fifth rule :

jangan abaikan. please laa bro2 sekalian. bila dah dapat awek kau, tolong jangan abaikan dia. dia bukan mintak 24/7 pon perhatian kau. cukup dengan kau text dia untuk wish good morning or good night je. tu dah memadai sebenarnya. but, kalo ada lah jugak jenis awek yg 24/7 nak suruh kau care kat dia. yang jenis ni kau patot bagi kaki or bagi tangan..btw bro, awek ni bukan toys. belum dapat melompat2 nak. bila dah dapat kau tinggalkan cenggitu ajo. last2 awek tu kecewa. bawa hati yang lara cari orang lain. serve u right.

ehem. setakat tu je kot tips yg aku boleh kongsi. sebenarnya banyak lagi. tapi korang fikir sendiri lah pulok. aku malas. lalala. adios amigos :)

selamat hari jadi umi abah :)


abah cakap umi teleng sebab umi malu. =_=
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu... 
Allah selamatkan umi dan abah..
Allah selamatkan kamu :)

haha :). hari ni bday my beloved dad. selamat hari jadi abah !! tapi noni decide celebrate both bday umi dengan abah. yelah, dalam ic bday umi 30hb 12. but sebenarnya bday umi pon 27th jugak. sama cam abah. hoho. sweet dak umi ngan abah kita? fuyooo. bday sama weh ! semalam kami konon nak buat suprise2 bersama eric leong laa. haha. terkejut badak cakap kau! elok abah baru siap mandi, noni terjah sambil nyanyi lagu selamat hari jadi. bersama geng noni kakak ipar noni. haha.

abaikan muka eksaited tuu

abah berangan pakai spek.






sweet dak umi abah kita?

Wednesday 26 December 2012

kenapa perlu?

hari ni gua hupdet belog kat kampung. ecece. maju dak? rumah nenda gua ada wifi.  hebat dak? haha. hari gua saje nak persoalkan beberapa soalan yang tak penting sangat. tak masuk exam pon. apatah lagi masuk realiti show.

kenapa perlu kita bising bising bila ada perempuan yang mekap tebal? dahla bising, siap kutuk kutuk lagi. kenapa perlu? berdosa ke dia macam tu? mana tahu, dia mekap semata untuk tingkatkan keyakinan diri dia ke.. sapa kita nak judge?lagi2 kalau yang suka mekap tu berhijab. ya Allah, tahap kutukan tu makin melampau2 jadinya. gua pon tak faham kenapa macam tu. kenapa msti ada manusia2 yang suka kutuk2 bila nampak perempuan mekap tebal. korang dengki eh sebab korang tak reti nak tonyoh lipstik merah mak korang kat bibir korang? sebab korang tak pandai nak tenyehkan eye shadow nenek korang kat mata korang? sudah sudah la dengan perangai dengki macamtu. tak bawa kemana. btw guys, makeup is not for fugly. no one is ugly. apatah lagi fugly. semua cantik oke!

itu satu hal. lagi satu, kenapa perlu kita nak bising2 bila ada orang yang dress up nya lagi up dari kita. kenapa perlu? dia dress up bukan pakai duit korang pon. selagi dress upnya menutup aurat dan tak melampau, takde bnda yang kita perlu kecohkan. mungkin dia selesa dengan pakaiannya. biarkan je dia. kalau rasa dengki, sila tanya dimana dia beli baju itu. jangan mengumpat belakang. not good oke kanak2.. tapi lumrah manusia, takboleh tengok insan lain lebih dari kita. gua admit gua pon penah rasa macam tu. tapi gua diamkan aje. kenapa nak kecoh kan? 

dan kenapa perlu kita bising bila ada orang share2 or tweet2 bnda islamik kat fesbuk ngan twitter? bagus apa mcam tu? atleast mereka2 cuba memberi peringatan. tapi kita ni tak, bila ada org macam tu, mula lah cop orang tu bajet alim la.. bajet ustaz/ustazah laa. eh eh. lu orang tahu mana yang diorang tu bajet? ada dalam list bajet 2013 abang jib ke? geram pulak kita rasa! ish, not good laa cenggitu.  tak nampak pon point kenapa kita perlu bising2. nak bash2 diorang semua. nampak bodoh ada laa. =_=

 aaaa. rasa dah tak mahu mengarut dah. setakat ni je lah. sekarang gua dah fall in love dengan red lipstick. ohooii. adios amigos :)

Monday 24 December 2012

Segmen : Aku dan Blog

http://www.paly.my/2012/12/segmen-aku-dan-blog.html

hai hai. hari ni join satu segmen. heee. segmen yang BRO PALY buat. segmen dia agak ohsemmm. reason kenapa noni join segmen ni? of coz la nak up kan follower. ye dak? korang2 yg join segmen ni pon msti ada niat tu kan? ehem. jangan tipu. not good oke. hehe. btw, bro ni suruh kita ceritakan serba sedikit tentang diri kita and kenapa kita buat belog. ehhh. kesah pulak dia kenapa kita buat belog. *joking* 

gua minah kuat berangan.

gila lensa.


first, noni briefing sikit pasal noni. noni mula2 tengok dunia ni pada 5 haribulan 9 1993. haha.geng 90's oke. lagi beberapa hari unofficially twenty. ohmaaiii. dah jadi gadis puluhan. dah boleh kawen dah kalo ikot kata mak bedah. noni ni anak kepada encik azman yang hensem dan juga puan rozita yang gojes. embo ore klatey pure! proud to be kelantanese. noni tak suka sayur but love cats so much. tak suka pakai warna senada. know what? boring je bila tengok from head to toe kaler sama. ehhhh. go blocking go! muka noni sombong. so, jarang orang datang nak buat gurauan taik ngan noni. kecuali mereka2 yg betul2 berani and yg betul2 kenal noni. agak gila2 dan jenis yang suka cakap lepas. my mom lupa nak letak insurans dekat mulut. grr. butang pause pon takde. so, non stop talking. oke lah tu kot kan? nak tahu lagi banyak.read my blog a lot ! 

then, reason noni buat blog sebab noni suka menulis. nak tulis atas kertas mmbazir kertas dan dakwat.so, better noni coretkan kat sini. biar semua org boleh tahu apa yang noni rasa. ada knowledge kita kongsi. takde?kita langsi. eh ? dulu dah ada belog but, terpaksa delete atas sbb2 tertentu. ni 2nd belog laa kiranya. hehe :)

ni antara belog yang noni suka baca. 
*abang blogger femes amos*

*dia one of my mates. dia pembaca tegar blog noni :)*

*dia suka tulis pasal life dia and me love it *

errrr. tu jeh kot. yang lain noni suka baca jugak tapi tak sekerap noni stalk belog tiga kat atas ni laa. hehe :) amacam bro paly? cenggini boleh dak?


Sunday 23 December 2012

tak salah nak kahwin awal.tapi.....

hai peeps! sihat hari ni? bosan laahhh kat rumah aje cuti ni. nak keluar takleh.hujan jooo manjang. ohmaai! nak berjimba2 pon xsyok.  pity me kan? hari ni saje nak upkan topik kahwin awal. early marriage kalo orang puteh cakap. haaa. kenapa noni nak upkan? sebab tadi umi yang duk sebut2. hee. saje lettew umi nak bagi hint. eh ~


umi cakap ada anak makcik kat rumah ni nak kahwin dah lusa. and that girl baru umur 18 tahun. her husband to be noni tak sure pulak umur berapa. umi cakap yang makcik tu nak pinjam baju melayu putih abang noni untuk her son in law to be. oohhhmaaii. nak pinjam? errr. tapi sokay lah. mungkin ada masalah kat mana2.tapi yang noni pelik kenapa tergesa2 nak kahwin? and one more thing noni kesian kat makcik tu. semua anak dia kahwin dia yang tanggung. dia yang spons. dan semua nya kahwin secara tergesa2. ape? ingat mak dia tu cop duit ke?yang perempuan mungkin boleh consider, but both of her sons pon dia yang tanggung. hey bro. acano kau nak tanggung isteri kau kalau nak kahwin pon mak kau yang tanggung. kalo kau tu anak orang kaya takpe. ni mak kau dahla tak keje. please, have some humanity. kesian weh kat mak kau. sepatutnya kau bagi duit kat mak kau.ni kau pulak yang nak habiskan duit mak kau. ergghhh !


one more thing, memang laa kan sabaik2 mahar ialah mahar yang rendah harganya.tapi macam mana kalau takde mahar langsung?? eh, tak pelik ke? atleast kalau ada hantaran, boleh jugak bekap balik duit yang mak kita dah belanjakan tu. ni takde langsung. eehhhhh.serious kalau aku jadi budak pompuan tu mmg aku tak kan kahwin dengan that guy. nampak sangat tak serious. dunia sekarang semua perlukan duit dik. dahla that guy tak bagi hantaran kat kau, dia siap nak suh  mak kau tolong bekap dia lagi. ya Allah. orang macam ni kau nak buat jadi suami? kita perempuan jangan terlampau berfikiran cetek. memang la kahwin awal dapat cegah maksiat.tapi kalau setakat kahwin sebab nak suka2, believe me. tak kan tahan lama. tolonglah girls, have some pride. atleast biar ada harga.jangan free aje. ingat kahwin ni macam main pondok2 time kita kecik2 dulu?

noni terpaksa jadi emo macam ni sebab makcik tu membe umi noni. noni sedih tengok dia susah macamtu. anak2 dia semua nak susahkan dia. tolonglahh. untuk semua anak2 kat luar sana. cukup2lah susahkan mak ayah kita yang bela kita dari kecil. hormat diorang jaga diorang.and, tak salah kalau nak kahwin awal asalkan mampu dan betul2 bersedia. take note !

Saturday 22 December 2012

spoiled

morning peeps! now im updating this entry at my home! rumah manis rumah gitu taw.. hee ~ pergh. petak bontot baq hang! tu baru naik bas dari kedah nak balik kelantan. dah petak bontot ni haa. gua xleh bayang laa acano nani mengharungi harinya. pergh~~ kedah nak balik johor kot. more than 10 hours oke. gua rasa bontot sampai dah takde rupa dah.

tapi semalam mood happy nak balik agak spoiled oke. just imagined. gua and da gang yang semuanya eksaited nak balik kelantan pegi stesen bas kul 9 pagi lagi. yelah, sebab dalam tiket tulis bas kami akn sampai kul 10.15 pagi. decided la nak datang awal sikit.dpt breakfast kat sana.lagipon bas kan tak tunggu kita. kita je yang kena tunggu bas. dahla kat stesen tu kerusi untuk menunggu tu limited. kami berdiri je lah selama sejam lebih tu. tik tik tik. jam berdetik. tgk jam hah! lagi 15 minit bas sampai. eksaited eksaited eksaited! oke. sediakan semua barang2. pasang kuda2.bas akan sampai bila2 masa je dari sekarang.tapi, tunggu punya tunggu.eh tak sampai lagi bas ni. tengok jam pukul 11.lambat sejam je kot. jap agi mesti sampai. yeaah! positif gua poositif.

tunggu lagi. berdiri. dari cuaca redup dah jadi bahang. tunggu. tengok almost 12. eh. mana bas tak sampai lagi ni. ke kami semua kena tipu. takde bas sebenarnya. semua dah mula gelabah ayam. disebabkan noni rasa noni yang paling matured. *ehem* gua pon pegi la tanya akak yang jaga kat kaunter tiket.  " akak, bas kami ada tak?"
akak tu jawab ade jek. muka dia time jawab tu rilek je. siap menguap2 lagi. bleerrgghhh. buruk bebeno. eiii. geram pulok kita nengoknya. akak tu cakap around 12.30 sampai lah. maknanya setengah jam dari sekarang. kaki dah mula lenguh dah. rasa nak tercabut dah kaki ni. harap sangat time tu dapat jelmakan kerusi or ape2 untuk duduk. pity me.dah la first time naik bas jauh2.pastu dalam poket seluar hanya ada sehinggit tujuh posen je! boleh bayang tak betapa sayunya time tu? nasib baik fikir nak balik je. membe gua sorang lagi tu kaya sikit dari gua, dia ada la tiga hengget.

stop cerita sedih tu, tunggu lagi. eh, dah lepas setengah jam. mana bas ni?? hoi! kenapa tak sampai lagi? time tu perasaan nak buat rusuhan pon ada. kang kena darurat sekali lagi kang sungai petani ni. eiiii. aura2 negatif dah membuak buak dah. nasib baik time2 nak melimpah ruah tu bas sampai.time tu jarum pendek tunjuk pukul 1. korang boleh kira tak berapa jam bas tu lambat? dahla sampai lambat. berhenti jauh pulak tu. gua dengan beg roda nya tarik laa bas tu. ala2 pramugari pon ada time tu. dahla bas double decker. dont know la kenapa nak jugak buat bas dua tingkat. eh bahaya oke..bas dua tingkat nak lalu jalan yang bengkang bengkok tepi cerun lagi. eeiiii.gua rasa gua mempertaruhkan nyawa je time naik bas tu. ya allah takutnyaaa! tapi dalam takut2 tido jugak all the way nak balik tu. hehe ~takut dan mengantuk dua benda yang berbeza. hewhew~

muka ala2 innocent nak balik !


dekat stesen bas tu. kat sini la gua and gang berdiri selama hampir tiga jam

gaya kecewa

sayu gitu.

oke. habis cerita sedih gua. now gua sedang berjimba kat rumah makan durian. hewhew. syurga !

Thursday 20 December 2012

kenapa menangis duhai hati?
biarkan kenangan menjadi mimpi.
mimpi indah yang hias lenamu.
jangan bersedih saat mata terbuka.
kerana realiti tak seindah mimpi.

jangan hanyut dibuai fantasi.
rungkaikan diri dari dimensi sepi.
usah rakus mengejar mimpi.
yang belum pasti jadi realiti.

lapangkan jiwamu. dendangkan lagu.
pengubat hati yang duka lara.
pasak semangat menggunung.
galas cita yang jadi impian. 
usah hampakan hati tua yang mengharap.


Tuesday 18 December 2012

"Contest: Kenangan paling lucu"


hari ni gua masuk contest lagi. asyik join contest je kan gua ni? sangap contest agaknya. =,=~ hari ni gua join contest dr belog Aishah la nina . sape nak join cuba lah klik2 link tu. agak2 kalu klua tu, join ajo. hadiah dy agak lumayan. eh~

AMARAN! INI CERITA 18SX. BAWAH UMUR SILA PAMERKAN SALINAN SIJIL BERANAK AYAH .

ini cerita baru terjadi. mungkin dalam dua minggu lepas. pergh.agak sulit gua nak cerita.tapi takpe.gua tak kisah.sebab itu benda normal. hatta siti nurhaliza pon buat bnda yg sama.mungkin berbeza dari cara penyampaiannya saja. ceritanya begini. pagi itu seperti biasa gua pergi kelas dengan budak tecik. a.k.a membe gua. nama nani.gua noni. nampak dak chemistry nya? ayu budaknya. tak macam gua. time jalan2 g kelas tu gua tak rasa ape2 yg tak normal.tiada morning sickness for sure. gua melenggang sambil mengumpat2. biasalah keje pompuan.

sampai kelas, gua pilih tempat duduk paling belakang.biasalah baru2 lagi.taknak menonjol sangat. time duduk tu tiba2 perut gua rasa tak enak. tak rasa macam kepsi pon.tapi gua control muka gua. maintain ayu. gua kepit. tahan. muka dah merah. nani kat sebelah dah pelik tengok gua. macam kucing nak meneran.dan tiba2!

PRAAAPPPP!

aiseh acano terlepas neh. deng! nasib baik takde bau. gua bajet takde org perasan. sebab budak belah kiri gua tak pandang gua pon. tapi tiba2 lagi gua dengar bunyi orang gelak sebelah kanan gua. eh deng yuuuuu! gua buat action slow motion. gua pandang nani. dia dah bantai gelakkan gua baik punya. nasib baik tak tercabut gigi dia. kalau tak buat penat nak pungut semua. tapi gua bersyukur sebab tiada bau. pergghhhhh! lepas tu baru gua  rasa lega. haha. tak senonoh punya perangai. tapi nak buat macam mana,gua tk sengaja. nani pon bekap gua. dia cakap normal la tu. kim kardashian pon kentut jugak. huh! 

Monday 17 December 2012

panggil kak dikira hormat?

hai hai peeps! rajinkan aku hupdet belog neh? haha. biasalaaa. takde keje! neh saje je nak story bnda remeh yg tak prlu pecah otak pon nak fikir. aku neh dikira dalam kelas aku tu boleh dikategorikan akak akak la jugak. tapi xde lah akak sangat.beza setahun cenggitu aje. aku sembilan belas. pstu ada classmate aku lapan belas. haha. see the different? tak banyak pon kan.


but, budak2 ni depa semua neh gedik sikit.bila tahu aku umo 19 kalut2 nak panggil aku akak. "KAK NONI" ohmaaaaii! meremang i dengar nyah. bila aku cakap tak payah panggil kak,diorang neh degil jugak.nak jugak panggil kak. bila aku offer kaki aku baru diorang stop panggil aku camtu. haiiilooo kiddos! bila aku tny knpa nak pggil akak,diorang cakap sbgai menzahirkan rasa hormat depa semua. ototooooo. omeyy nya budak2! but, bear this in ur mind. even kau panggil orang tu akak or abang or pakcik tak semestinya kau hormat depa semua tu kan? ada je kau bnci tapi kau pggil jugak akak. kenapa? sebab terbiasa. kemon la girls! chill babe! dah tu, membe2 kau yg kau tak panggil akak tu maknanya kau tak hormat depa lah? haa! itu pointnya. gelaran segala tu tak menggambarkan rasa hormat kita.

like super duper serious, aku tak suka orang panggil aku kak. except for my family.tak boleh kalo adik aku tak panggil aku kak noni. nanti bonda mengamuk. haha! see? kadang2 adik2 aku bukan hormat sangat pon aku ni, but diorang dah dilatih. so panggil la cenggitu.kat sekolah dulu aku slalu warned junior aku.just call me by my name. bila letak title kak kat depan ni,its like there is a gap between me and you. kekok oke. nak buat lawak bodoh pon rasa payah.  even akak aku pon aku panggil dia angah je. tak panggil pon kakngah. haa.tapi tu tak bermakna aku tak hormat dia kan? betul dak? aku tabik spring weh dekat angah aku. haha! *angah sila perasan* ...

oke.. dah takde bnda dah rasanya aku nak bebel. so, kiddos. panggil aku noni sudah. no need akak2. geli. hehe. adios amigos !
 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com