gorgeouslicious

Sunday, 16 December 2012

cerita saya.

tadi lepas marah jiran bilik sebelah noni pergi lepak jap bilik membe noni, nak redakan kemarahan gitu. hah? kenapa marah jiran noni? haha! depa semua tu laa. buat perangai macam monyet. sampai noni kompius yang noni ni duk zoo or duk kolej. kih3~ lepas tu time duk lepak2 lam bilik membe tu, mula laa bukak cerita lama kan. haha. cerita zaman kecik2 dulu..

time kecik dulu, noni pergi pasti taw. hewhew. if you know what i mean. so, kat situ dia ajar kita pasal2 islam la. ada jugak matapelajaran lain, but more to islam. bagus kan? noni kat situ dua tahun. dari umur 5 tahun sampai umur 6 tahun. kalau kata lainnya tadika la kan. noni kat tadika dulu, nakal sikit. umi selalu bagi pesanan awal2 tiap pagi.pesan jangan buat nakal.jangan usik rakan2. depan umi memang angguk gaya anak muslimah la. sampai je kat tadika tu, sgala tanduk keluar. hewhew. kecik2 dah nakal. yang paling tak boleh blah, noni dulu solo nansyid kat tadika noni. kelakar kan? :)

nak dijadikan cerita tadika noni masuk bertanding. haha! bila dah jadi solo ni memang automatik la jadi ketua kan? konon main character laa. pastu kumpulan nasyid noni ni ada dua solo. solo kedua tu untuk bekap2 apa yang perlu laa. lepastu kami punya kumpulan ni, bila dekat nak habis lagu tu noni kena laungkan takbir. bila noni laung takbir, solo kedua kena laung allahuakhbar. haa. macam tu la kalo mengikut perancangan ustazah noni. so, dah sampai turn kitorang. noni apa lagi, nyanyi dengan penuh semangat waja laa. siap dengan gaya dan mimik muka lagi ni. dah gaya ziana zain dah. terjonket jongket kening ni.punya laa feel dia tu. umph!

bila dah habis nyanyi tu, noni sekali lagi dengan semangat lembu terus laung
" TAKBIR!!"
tapi selepas tu noni sedar,eh kenapa semua orang pandang aku semacam. siap ada yang buat muka toya lagi. eh kenapa senyap. ehhhh! noni dengan gaya cool pusing perlahan lahan pandang bekap noni tu. noni tengok muka dia macam mamai mamai. macam blurrr ja wa cakap lu. grr ! dia lupa la bahagian dia. eh, nak marah pulak kita rasa! bagi melampiaskan amarah noni, noni tanpa berfikir empat lima enam kali terus hempuk kepala dia dengan microphone yg elok je noni pegang! HAHAHA! padan muka ! bweepp ! tapi bila otak jadi waras baru teringat yang noni ni ada atas stage. bukan kat rumah bukan juga ditadika! eh malunya kita. kita nak umi kita laaa! si bekap noni ni dah meleleh2 dah. air mata, air hidung, air mulut semua dia keluarkan. picht dia time pergh!nyaring gila. bingit telinga kita.

tapi, tapi even ada insiden yang tak sepatotnya, kumpulan noni still dapat tempat ke-3 dalam pertandingan tu.. fuuuyooo. hebat dak? haha. to fatimah, kawanmu ini memohon maaf ya. tu pon kalau kau baca laa belog buruk aku ni. hehe. adios amigos !

2 flying kiss:

Timah Derina said...

Haha. Nasib lah anak orang tu hidup sampai sekarang. Dah lah hempuk pakai microphone. Gila tak gila lah kau ni kan. Haha.

noorniey Azman said...

@timah derina
haishhhhh. tu laaa pasalllll. bukan sengaja. haha. geram time tu. haha

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com