gorgeouslicious

Wednesday 2 January 2013

senioriti? go die with that ~

SENIORITI : mengikut takrifan membawa maksud perasaan bangga diri yang terbit dalam kalangan manusia2 yang telah lama menetap dalam sebuah komuniti. 

ececece. hebat dak maksud dia? haha. gua reka je tu. senioriti ni satu fenomena yang biasanya berlaku dekat sekolah. yerr. mostly budak sekolah gemar mengamalkan senioriti. yang senior berkuasa memberi arahan kepada yang junior. yang junior akan dikutuk secara berjemaah. paling teruk akan dibuli. dan gua percaya semua orang pernah melalui fenomena bangang macam ni. ye dak? tapi, gua tak pernah kisah dengan benda bodoh ni semua. senioriti tak menentukan tahap intelek korang. ada je yg senior tapi bengapnya lagi teruk dari budak junior baru masuk. itu biasa.tapi, disebabkan kekangan ego dalam diri, mostly taknak admit it, bleeerrrggghhhh !

tapi, kalau senioriti dalam kalangan pelajar sekolah gua boleh terima lagi.biasalah, budak2 sekolah. depa semua baru nak up. tapi kalau sistem senioriti masih diamalkan kat universiti, itu memang gua cukup anti.  kat universiti pon masih ada masa ke nak membuli freshie2? macam takde keje je gua tengok. biasanya junior2 ni akan dirujuk sebagai budak part one. dan biasanya lagi, geng2 yg dh lama tinggalkan part one ni mmg suka aim budak2 part one. nampak je budak part one, diorang akn mulakan misi mengata dan berbisk2 sesama sendiri. "weh budak part weh" ~ "biasalah, budak part one."~ "euuuw, budak part one!" . itu antara dialog2 yang biasa gua dengar sejak bergelar student part one ni.

blerrrggghhh! berdosa jadi budak part one?? ape kau dulu tak pernah jadi budak part one? naik2 terus jadi budak part six? weehhhh.open up ur mind ! tak payah nak poyo sangat. even kau senior, kau belum tentu dijamin syurga. sama je kita semua oke. tak payah nak mengata sangat!dan lagi satu, biasanya budak2 lama neh diorang memang tak boleh sikit tengok budak baru nampak lagi up dari diorang. mmg kena bash la budak tu nanti. haha. kelakar weh. macam budak2. tapi, jika dilihat dari sejarah, senioriti ni memang dah lama diamalkan dalam masyarakat kita. zaman melayu lama dulu, dah wujud gelaran kaum lama dan kaum muda. dan kaum lama dengan kaum muda ni memang tak get along sangat. nampak tak? nak tahu lebih lanjut, google. jangan buat muka kerut2 macam tahan cirit kat sini.

bagi gua, kat universiti ni sistem senioriti dah tak perlu sangat. masing2 dah tua. dah boleh fikir. tak perlu nak dibuli dan dilayan macam budak mentah. kalau kami budak mentah, kami takkan dapat jejak kaki kat universiti. tak semestinya, kami budak baru kami tak layak dihormati. hormat untuk dihormati. simple kan?? oke, gua rasa jari gua dah malas dah nak menaip panjang2. setakat ni jelah eh? adios amigos. sebelum tu nak share sikit muka2 budak part one.

kami budak part one !

bergambar sempena kelas batal !

candid xD

nude pink :)

0 flying kiss:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com