gorgeouslicious

Saturday, 8 December 2012

kenangan itu

pejam celik pejam celik, dah hampir dua tahun aku meninggalkan alam persekolahan. ermm. masih segar diingatan suara guru2 mengajar setiap satu perkara. masih terbayang dimata lambaian rakan2 seperjuangan. masing2 mempunyai tekad yang berbeza namun berkongsi satu harapan yang sama. ingin berjaya ! dan aku kira semua rakan2ku berjaya.

tiba2 hari ini hati terdetik untuk merindui sahabat2 yang dah lama aku tinggalkan. mungkin ada diantara mereka mula melupai siapa aku. tapi bagi aku mereka tetap teguh diingatan.kadang2 aku bermimpi aku, kau dan kita berjalan bersama.beriringan kedewan makan. sambil berjalan mulut tak henti bersuara.bibir tak lekang dengan senyuman.. masing2 dengan cerita mereka. dengan gaya sendiri. cuba menghiburkan hati yang lelah. jiwa yang penat.tapi kita tetap terhibur.. ketika itu kawanlah keluarga kawanlah musuh.  ketika itu kawan menjadi tempat untuk bertelagah, ketika itu jugalah kawan menjadi tempat untuk mencurahkan isi hati.




kita sama2 menyelusuri hari yang suram namun tetap ceria dengan kehadiran teman disisi.sungguh aku tidak mampu melupakan walau satupun kenangan yang kita cipta bersama.kerana kenangan yang dibina itu sangat bernilai. sangat beharga. saat kaki mula longlai untuk melangkah, kawanlah yang kita cari untuk tumpang berpaut.cuba meminjam semangat.walau kita tahu mereka juga sama seperti kita. 

saat ini sangat sukar untuk mencari sahabat yang benar2 sejati. sahabat yang benar2 memahami.namun dalam kelam aku masih berharap ada sinar yang menanti. mungkin masih ada yang sejati sedang menunggu..

coretan ini aku tujukan khas buat sahabatku : nabilah, ain, izati, fatihah, amirah, ida, ferini :)

0 flying kiss:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com